Skip to main content

kisah nabi ibrahim dan nabi ismail

KISAH NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL

            Nabi Ibrahim merupakan putera Aazar[1], dilahirkan di sebuah tempat bernama ‘Faddam A’ram’ dalam Empayar Neo-Babylon yang mana ketika itu diperintah oleh penguasa yang zalim, Namrud bin Kan’an. Suasana ketika itu kucar-kacir berikutan Raja Namrud mendapat petanda akan lahir seorang bayi dan membesar serta merampas takhtanya. Oleh itu, Raja Namrud telah mengarahkan semua bayi yang dilahirkan dibunuh manakala kaum lelaki dan perempuan pula dipisahkan.
            Sesungguhnya Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang. Akhirnya lahirlah Nabi Ibrahim ke dunia ini sebagai pembawa kebenaran. Nabi Ibrahim merupakan bapa pada ajaran agama Islam, Yahudi, dan Kristian. Namun begitu, yang dianuti oleh Nabi Ibrahim adalah agama Islam. Nabi Ibrahim memulakan dakwah dengan mengajak ayahnya agar meninggalkan penyembelihan berhala namun tidak diendahkan.
            Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan Siti Sarah, wanita merdeka berasal dari Syam. Mereka tinggal di Palestin. Walaupun sudah bertahun-tahun Nabi Ibrahim bersama dengan isterinya namun mereka tidak dikurniakan anak. Nabi Ibrahim risau kerana umurnya sudah lanjut sedangkan beliau masih belum mempunyai anak sebagai penyambung kerja-kerja dakwahnya. Nabi Ibrahim sentiasa berusaha untuk mendapatkan anak, beliau sentiasa berdoa agar dikurniakan anak sebelum beliau menutup mata.
            Walaupun telah berusaha bertungkus-lumus namun hasilnya tetap sama. Pada suatu hari, Siti Sarah telah mencadangkan agar Nabi Ibrahim berkahwin dengan hamba mereka iaitu Siti Hajar[2]. Maka Nabi Ibrahim pun menikahi Siti Hajar sebagai isteri keduanya. Perkahwinan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Siti Hajar disahkan mengandung. Ini sesuatu yang cukup mengembirakan Nabi Ibrahim setelah bertahun-tahun menanti. Oleh itu, Nabi Ibrahim memberikan penumpuan yang lebih kepada Siti Hajar. Namun, berita mengenai kandungan Siti Hajar disambut dingin oleh Siti Sarah. Hati wanitanya memberontak kerana Siti Hajar dahulu yang akan mendapat anak sedangkannya yang menunggu begitu lama masih belum dikurniakan anak. Perasaan cemburu terhadap madunya semakin menebal apabila Nabi Ibrahim memberi perhatian yang lebih kepada Siti Hajar.
            Setelah lahirnya Nabi Ismail ke dunia ini, Nabi Ibrahim telah membawa Siti Hajar bersama anaknya keluar dari Palestin menuju ke satu tempat yang tidak diketahui arah tujunya. Atas perintah Allah SWT, Nabi Ibrahim membawa isteri dan anaknya, Nabi Ismail ke satu tempat yang tidak mempunyai satu manusia pun malah tidak juga terdapat tumbuhan sebagai tempat untuk berteduh. Mereka telah ditinggalkan ditengah-tengah padang pasir sedangkan ketika itu anaknya masih lagi menyusu. Ini pasti memberi tamparan hebat untuk Siti Hajar melalui liku-liku kehidupan dengan keadaan tiada apa-apa yang boleh membantu disekelilingnya.
            Sebenarnya, Nabi Ibrahim sendiri tidak sanggup untuk meninggalkan isteri dan anaknya namun terpaksa juga dilakukan kerana merupakan perintah daripada Allah SWT. Kemudian, Nabi Ibrahim terus berpaling daripada memandang Siti Hajar dan anaknya untuk segera pulang kepada isteri pertamanya, Siti Sarah. Namun, Siti Hajar menghalang dengan menarik pakaian Nabi Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya. Tanpa berpaling, Nabi Ibrahim menerangkan kepada Siti Hajar:
‘ Bertakwalah kepada Allah yang telah menentukan kehendakNya, percayalah kepada kekuasaanNya dan rahmatNya. Dialah yang memerintahkan aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguhnya kalau bukan perintah dan wahyuNya tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu seorang diri bersama putera kesayanganku. Percayalah bahawa Allah yang Maha Kuasa tidak akan membiarkan kamu berdua tanpa perlindunganNya. Rahmat dan barakahNya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya. InsyaAllah.’
            Lalu Siti Hajar pun melepaskan pakaian Nabi Ibrahim yang dipegangnya setelah mendengar penjelasan yang sebenar. Setelah Nabi Ibrahim hilang daripada pandangan mata Siti Hajar, maka sedarlah dia sekarang bahawa dia perlu berusaha untuk membesarkan puteranya tanpa Nabi Ibrahim disisi. Dari sinilah bermulanya bagaimana Siti Hajar berlari-lari anak mencari air di antara Bukit Safa dan Marwah untuk anak tercinta sebanyak 7 kali pusingan[3]. Walaupun begitu, Nabi Ibrahim tidak pernah melupakan anaknya, Nabi Ismail yang mana ketika Nabi Ismail lahir baginda berusia 86 tahun, baginda sentiasa datang memerhatikan anaknya membesar dari jauh. Nabi Ibrahim juga dikurniakan anak dengan isterinya yang pertama, Siti Sarah iaitu Nabi Ishak. Umur Nabi Ibrahim ketika Nabi Ishak dilahirkan adalah 100 tahun.
            Tatkala Nabi Ismail meningkat dewasa[4], Nabi Ibrahim bermimpi untuk menyembelih puteranya. Ini terdapat dalam hadith daripada Ibni Abbas, maksudnya: mimpi para nabi adalah wahyu. Ini adalah merupakan suatu ujian daripada Allah Taala terhadap Nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya di saat umur Nabi Ibrahim sudah lanjut. Selepas Allah Taala memerintahkan supaya isterinya, Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail ditinggalkan di lembah yang tiada sesiapa di sana termasuk hidupan lain.

Baginda taat terhadap perintah Allah Taala lalu meninggalkan keduanya dengan bertawakkal kepada Allah Taala. Kemudian, baginda diuji pula dengan ujian supaya menyembelih anaknya. Sedangkan, Nabi Ismail merupakan satu-satunya anak baginda ketika itu. Tanpa berlengah lagi, Nabi Ibrahim mentaati dan cepat-cepat mematuhi perintah Allah Taala. Nabi Ibrahim kemudiannya menyatakan mimpinya kepada Nabi Ismail supaya dapat menenangkan hati Nabi Ismail serta dapat mengelakkan penghinaan berlaku dengan menyembelih secara kasar dan terpaksa. Sebagaiman firman Allah SWT dalam Surah As-Saffat:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ                
 Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".                                               (As-Saffat:-102)     


[1] Nama penuhnya Terah b. Nahor b. Serug b. Rehu b. Falikh b. Aabir b. Syalih b. Arfakshad b. Saam b. Nuh AS.
[2] Terdapat 2 pendapat tentang asal usul Siti Hajar:1. Berasal dari Habsyi @ Ethiopia, 2. Berasal dari Mesir.
[3] Ia dipanggil sa’i, merupakan rukun Haji yang wajib dilaksanakan bagi orang muslimin yang menunaikan haji di Makkah.
[4] Menurut Mujahid=meningkat dewasa ialah berubah serta mampu membuat seperti ayahnya dalam sesuatu pekerjaan atau usaha.

Comments

Popular posts from this blog

da kawen pun abg fahmi,heeee

tahniah d ucapkan bt abg fahmi dan pasangan kak balkis ats pernikahan..mudahan  berbahagia & panjang umor hga ke ank cucu....first lady a.fahmi mudahan dapat memberi sokongan n dorongan utk terus mara & bersemangat dlm menegakkan Islam tercinta,,barakaalahulakuma,,
Assalamualaikum wbt. Allahuakbar. Lama sangat dah Cik Ema tak menulis kat blog ni. Dari 2012-2016. Penulis lain dah terbitkan buku dan artikel banyak sangat dah. huhu. Cik Ema kena kejar depa nih. Hari ni dok survey blog WADAH Pusat, lepastu terkeluarla blog Cik Ema untuk log in. Jadi, Cik Ema pun log in la. Akhirnya taw...dapat hidayah di petang hari ketika manik-manik putih membasahi bumi. Mungkin untuk permulaan Cik Ema boleh kongsikan pengalaman menyambung pengajian di peringkat Sarjana di UKM. Sekarang dah ditahun dua, masih berbaki setahun untuk habiskan. Pada awalnya sambung master ni ingatkan sama macam degree la kan, rupanya lain. Kena banyak berdikari. Cik Ema nak nasihatkan adik-adik yang nak sambung master, sila rujuk senior-senior terlebih dahulu, mereka sudah ada pengalaman dan tahu liku-liku pengajian. Pertama, tentang kelas pengajian. Awal-awal hari tu Cik Ema ambil pengajian by coursework. Satu semester kena habiskan 6 subjek. 3 subjek jabatan, 2 subjek luar ja...