Skip to main content
Assalamualaikum wbt. Allahuakbar. Lama sangat dah Cik Ema tak menulis kat blog ni. Dari 2012-2016. Penulis lain dah terbitkan buku dan artikel banyak sangat dah. huhu. Cik Ema kena kejar depa nih. Hari ni dok survey blog WADAH Pusat, lepastu terkeluarla blog Cik Ema untuk log in. Jadi, Cik Ema pun log in la. Akhirnya taw...dapat hidayah di petang hari ketika manik-manik putih membasahi bumi.

Mungkin untuk permulaan Cik Ema boleh kongsikan pengalaman menyambung pengajian di peringkat Sarjana di UKM. Sekarang dah ditahun dua, masih berbaki setahun untuk habiskan. Pada awalnya sambung master ni ingatkan sama macam degree la kan, rupanya lain. Kena banyak berdikari. Cik Ema nak nasihatkan adik-adik yang nak sambung master, sila rujuk senior-senior terlebih dahulu, mereka sudah ada pengalaman dan tahu liku-liku pengajian.

Pertama, tentang kelas pengajian. Awal-awal hari tu Cik Ema ambil pengajian by coursework. Satu semester kena habiskan 6 subjek. 3 subjek jabatan, 2 subjek luar jabatan dan 1 subjek elektif. Namun, Cik Ema tukar kepada by fully research. Sebab ada beberapa kekangan waktu tu. (Rahsia).heee.. Pensyarah akan ajar subjek samaada dalam Bahasa Arab, Inggeris atau Melayu. So, kena bersedia setiap bahasa tu. Waktu kelas ikut jam kredit, sama macam waktu degree.

Kedua, tentang kewangan. Bab ni Cik Ema sangat tekankan bagi yang nak sambung master tu, pastikan ada duit simpanan. Yuran master ni agak mahal berbanding degree. Dan yuran kolej pun sama, dia satu kali ganda dari pelajar degree. Lepas tu, untuk yuran boleh mohon MyBrain dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Cuma duit poket memamng kena sedia sendiri. Andai kata subjek yang diambil tu ada buat seminar antarabangsa yang perlu diikuti, maka, kalian akan keluarkan duit disitu lagi. Jadinya, sila sediakan wang sebaiknya ya.

Ketiga, tentang penulisan tesis. Kalian kena tahu bahawa penulisan tesis ada perbezaan dengan penulisan tesis waktu degree. Waktu master ni memang kena banyakkan membaca artikel dari jurnal-jurnal, samaada dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab. Ini kerana, tahap penulisan master adalah untuk menganalisis dengan kritis dan kreatif (bak kata Prof Dr. Ja'fary). Masa penulisan berjalan juga,kena sertai bengkel-bengkel penulisan, berkawan seramai mungkin, rajin bertanya pada pensyarah dan paling penting kena pandai jaga hati penyelia. Barokahnya disitu.

Keempat, tentang persediaan fizikal dan mental. Seiring dengan usia, kalian kena bijak menguruskan kehidupan kalian. Pemakanan serta penjagaan kesihatan kena utamakan. Manakala, mental memerlukan kalian menganalisis, jadinya kalian perlu persiapkan tubuh badan yang sihat untuk akal yang sihat.

Kelima, tentang ibadah (walhal inilah yang perlu diberi keutamaan). Kalian kena sentiasa bergantung harap pada Allah SWT 100%. Sentiasa tunaikan solat hajat, solat-solat sunat yang lain, zikir, usaha dan tawakkal. Waktu menulis tesis ni, waktu antara kita, penyelia dan pemeriksa. Hal yang demikian, menuntut kita sentiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan semoga berjaya menghasilkan penulisan yang baik dan mendapat pemeriksa yang baik juga.

Ini berdasarkan sedikit pengalaman yang Cik Ema hadapi di UKM sejak Februari 2015 sehingga Disember 2016. Nanti Cik Ema kongsikan lagi ya pada siri akan datang. Maaf jika ada tersalah. Assalamualaikum wbt.   

Comments

Popular posts from this blog

Apa khabar?

 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Bertahun lamanya tidak menulis disini. Saya kembali harini setelah minggu lepas ada buka blog seorang pensyarah dan teringat yang saya juga pernah ada blog sendiri!  Fasa kehidupan yang pastinya semua orang akan mengalami perubahan dari masa ke semasa. Sewaktu saya bujang saya bebas kemana saja saya nak pergi, namun kini sejak berumah tangga saya lebih banyak masa bersama anak-anak untuk membesarkan dan mendidik mereka. Satu kepuasan dapat melihat anak-anak membesar dihadapan mata namun tidak lupa juga kepada ibu yang keluar bekerja mereka juga berjihad mencari rezeki untuk anak-anak. Saya masih dalam fasa menyiapkan pengajian dan menjaga dua anak kecil. Agak mencabar dan memenatkan. Itulah fasa-fasa yang sedang dialami. Semoga saya terus kuat dan cekal selalu!

da kawen pun abg fahmi,heeee

tahniah d ucapkan bt abg fahmi dan pasangan kak balkis ats pernikahan..mudahan  berbahagia & panjang umor hga ke ank cucu....first lady a.fahmi mudahan dapat memberi sokongan n dorongan utk terus mara & bersemangat dlm menegakkan Islam tercinta,,barakaalahulakuma,,