Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Bertahun lamanya tidak menulis disini. Saya kembali harini setelah minggu lepas ada buka blog seorang pensyarah dan teringat yang saya juga pernah ada blog sendiri! Fasa kehidupan yang pastinya semua orang akan mengalami perubahan dari masa ke semasa. Sewaktu saya bujang saya bebas kemana saja saya nak pergi, namun kini sejak berumah tangga saya lebih banyak masa bersama anak-anak untuk membesarkan dan mendidik mereka. Satu kepuasan dapat melihat anak-anak membesar dihadapan mata namun tidak lupa juga kepada ibu yang keluar bekerja mereka juga berjihad mencari rezeki untuk anak-anak. Saya masih dalam fasa menyiapkan pengajian dan menjaga dua anak kecil. Agak mencabar dan memenatkan. Itulah fasa-fasa yang sedang dialami. Semoga saya terus kuat dan cekal selalu!
Assalamualaikum wbt. Allahuakbar. Lama sangat dah Cik Ema tak menulis kat blog ni. Dari 2012-2016. Penulis lain dah terbitkan buku dan artikel banyak sangat dah. huhu. Cik Ema kena kejar depa nih. Hari ni dok survey blog WADAH Pusat, lepastu terkeluarla blog Cik Ema untuk log in. Jadi, Cik Ema pun log in la. Akhirnya taw...dapat hidayah di petang hari ketika manik-manik putih membasahi bumi. Mungkin untuk permulaan Cik Ema boleh kongsikan pengalaman menyambung pengajian di peringkat Sarjana di UKM. Sekarang dah ditahun dua, masih berbaki setahun untuk habiskan. Pada awalnya sambung master ni ingatkan sama macam degree la kan, rupanya lain. Kena banyak berdikari. Cik Ema nak nasihatkan adik-adik yang nak sambung master, sila rujuk senior-senior terlebih dahulu, mereka sudah ada pengalaman dan tahu liku-liku pengajian. Pertama, tentang kelas pengajian. Awal-awal hari tu Cik Ema ambil pengajian by coursework. Satu semester kena habiskan 6 subjek. 3 subjek jabatan, 2 subjek luar ja...